Tuesday, June 18, 2013


Transfer Factor ialah sejenis protein semulajadi dalam badan manusia yang mengawal dan meningkatkan prestasi imun sistem kita. Produk Transfer factor syarikat diekstrak dari telur ayam dan susu awal lembu (kolostrum). Pengetahuan tentang transfer factor wujud disebabkan usaha perintis imunologi Dr. H. Sherwood Lawrence. 

Dalam tahun 1949, Lawrence menemui bahawa dengan menyuntik ekstrak leukosit daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberculosis daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberculosis pada seseorang yang masih belum dijangkiti, imuniti diberikan kepada penerima tersebut, mengelakkannya daripada terkena jangkitan. Dr. Lawrence menamakan ekstrak tersebut Transfer Factor dan kemungkinan untuk berkongsi imuniti semula jadi antara sesama manusia dan juga di antara haiwan dan manusia menjadi suatu kenyataan.

Bukti pertama potensi pengaktifan sel imun dalam jangkitan, kawalan tumor.

Bertahun-tahun yang lalu, ahli sains menganggap bahawa sel pembunuh semulajadi adalah alat yang penting dalam sistem pertahanan imun badan. Wujud untuk membunuh, sel-sel ini dianggap bergerak terus dari sumsum tulang, di mana ia dihasilkan, ke dalam darah, beredar dari sana lalu menyusup masuk ke tapak tumor awal atau agen jangkitan dalam badan. Transfer factors ialah molekul semula jadi mikroskopik yang berada dalam jasad semua haiwan. Ia adalah pengutus, menghantar maklumat imuniti tentang kehadiran suatu ancaman imun – Sama ada luaran atau dalaman, dan cara untuk bertindak dengan betul, dari satu sel imun ke sel imun yang lain.

No comments:

Post a Comment